2.2.12

Untuk renungan bersama

Kita hidup di dunia ibarat roda, adakala kita di atas dan adakala kita di bawah. Bila kita di atas kita disanjung,dijunjung dan dihargai dan apabila kita di bawah kita diherdik,dikeji dan tidak dihargai. Itulah lumrah dunia pada masa kini.

Yang berjawatan besar dan yang berharta semua kuasa berada ditangannya. Yang menjadi mangsa orang-orang yang berada di bawahnya. Ingatlah wahai insan harta yang banyak boleh beli segala-galanya tetapi kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang. Kasih sayang itu lahir dari hati naluri seseorang insan itu sendiri.

Setiap kali anda mahu menunaikan solat pernahkah anda terfikir adakah ini solat yang terakhir buat diriku. Dapatkah aku menunaikan solat diwaktu-waktu yang lain. Adakah anda tahu bila tarikh kematian anda yang anda tahu hanyalah tarikh lahir anda yang sentiasa anda ingat setiap tahun.

Pernahkah anda meminta maaf pada seseorang setiap kali anda melakukan kesalahan atau  berasa bersalah. Pernahkah anda terfikir setiap apa jua yang anda lakukan itu adalah betul tanpa perlu merujuk kepada seseorang yang boleh membantu anda dalam apa jua keputusan anda.

Ingatlah wahai insan yang bernama manusia kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Apa yang kita dapat hari ini hanyalah pinjaman sahaja dan tidak kekal untuk selama-lamanya. Setiap kali anda hendak tidur pernahkah anda terfikir adakah hari ini aku telah melakukan sesuatu perkara yang betul.

Adakah hari ini aku telah membuat orang disekeliling ku berasa gembira atau sebaliknya. Jika sebaliknya adakah aku meminta maaf dengannya dan bagaimanakah perasaan orang itu terhadapku jika aku telah melakukan sesuatu yang menyakitkan hatinya. Berdosakah aku padanya pernahkah anda terfikir semua ini.

Wahai insan yang bernama manusia setiap kali anda bangun dari tidur dipagi hari mesti anda akan memerhatikan keadaan disekeliling anda wajah-wajah kesayangan anda suami,isteri,anak-anak dan ibu bapa anda. Cuba anda bayangkan semua wajah-wajah kesayangan anda tiada disekeliling anda. Apakah perasaan anda pada waktu itu.

Wahai insan yang benama manusia janganlah ada diantara kamu berselisih faham sesama sendiri. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Di akhirat nanti adalah dunia kita yang sebenar yang kekal untuk selama-lamanya.
Yang baik jadikan teladan dan yang tidak baik jadikan sempadan semoga hidup kita semua diberkati dan dirahmati. Amin.

Petikan dari Majalah Islam




The 'gurls' yang merupakan dominan dalam Safarul's family...haha...

No comments:

Post a Comment

KIRA SAIZ PREMIUM BEAUTIFUL ANDA

Related Posts with Thumbnails