27.7.11

Sedih...

Sangat sedih...bagaimana nak membawa anak2 si yaya dan danish untuk berjumpa dan menceriakan atuknya di hospital...keadaan abah semakin baik...dah sedar dan dah boleh turun dari katil...doktor nasihat suruh exercise jangan berbaring jer kat katil...tapi tiada saper yang sudi membawa...aku...hanya ibu beranak 3 yang baru berpantang 28 hari...

Aku tahu nenek rindu kat yaya...dan atuk jugak mesti nak tengok cucu2 dia datang tengok atuk sakit...4 hari yang lalu atuk dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU setelah menjalani pembedahan usus akibat berak berdarah dan mengalami tekanan darah rendah...2 hari kemudian atuk dah dipindahkan ke wad pembedahan biasa tapi masih belum sedar sepenuhnya kesan ubat bius...Semalam wak mila bagitau abah dah ok...asyik cakap doktor dera dia suh berjalan2 exercise...x bagi makan sumer...abah ni...

Owh...mak baru je reply sms aku...mak kater "abah baru ja blh num air kosong ni berak g tapi waye tinggal 4 ja discharge x tau g"...syukur alhamdulillah biler dengar perkembangan yang baik tentang abah...aku harap dengan kehadiran cucu2 dia yang kecoh akan menambahkan semangat abah supaya cepat sembuh...(sedihnyer menaip entry ni...)

Orang zaman sekarang yang terlalu asyik mengejar kerjaya hingga alpa dengan keperluan keluarga...jika sebelum ni aku boleh je handle sorang walau sedang sarat mengandung...tapi sekarang baby dah kuar...aku masih dalam pantang...nak gagahkan jugak x terdaya...baby tersangatlah kecil untuk tidak dipangku semasa drive dan memerlukan susu biler2 masa yang dia suka...

Ada 5 perkara sebelum 5 perkara dan salah satunya adalah waktu sihat sebelum sakit...so beringat-ingatlah...malas nak cakap dah...

With Love...

2 comments:

  1. abah u ke yg sakit k'fid? auch.. sedihnye. abah mertua i baru sembuh, abah u pulak ye. i doakan abah cpt sembuh & cpt2 discaj. kesian kt budak2 sume. AMIN...

    ReplyDelete
  2. sabar ek k.fida..
    InsyaAllah suma akn baik2 shj..

    ReplyDelete

KIRA SAIZ PREMIUM BEAUTIFUL ANDA

Related Posts with Thumbnails