7.7.11

Berurut dan aksesori lainnyer...

Pagi-pagi nenek dah buat amung-amung sempena baby dah tanggal tali pusat. Namanya bubur merah dengan bubur putih. Sekejap jer nenek buat pakai pressure cooker dia. Cepat siap. Sempat juga aku capai satu sebelum wak inem sampai untuk berurut.


Hari ni hari last berurut kali yang kelima. Aritu aku minta 3 kali jer tapi mak kater bukan 5 kali ker. Owh..ingatkan asalkan no ganjil kire ok lar. So ari selasa rehat satu hari and sambung rabu dan khamis. Sedap berurut ni..sambil sembang-sembang ngan wak inem. 3 kali bersalin ni memang aku berurut dengan dia.


Ni param wak inem dah bancuhkan. Letak kat dahi. Biler kering akan merekah pastu papa gelakkan. Dia kater macam citer yang jadi raksasa tanah tu. Huhu. Tapi wak inem puji jer. Dia kate cantik orang berpantang pakai-pakai macam ni. Kalau orang waras (sihat x berpantang) x pakai benda-benda macam ni. Orang yang tengok pun suka. Kalau x pakai ape-ape macam x cantik jer orang berpantang tu. Yelar wak...aku iyerkan aje. Memang barulah sinonim bedak sejuk, pilis, param dan berpantang. Haha.


Yang ni pilis. Bedak sejuk yang digunakan masa berurut. Campur dengan limau nipis. Sedap bau dia. Segar jer...


Credit to model yang pakai param ni. x yah cantik-cantik. Janji tertepek kat dahi tu. Hahaha...tapi first time pemakaian rasa pening sket sebab dia panas..kalau dah x tahan pas dah kering tanggalkan lar...


Jangan luper berbengkung. Nanti x shape body. haha. Last timbang sebelum bersalin 68kg. Lepas bersalin ni timbang (xde keje dah aku ni) baru 60kg. Aikk..8kg jer membawak baby tu. Huhu...Aku pakai bengkung Sendayu Tinggi. Ni yang baru papa tolong belikan. Yang lama tu..since yaya pendek sikit lagipun nenek rendam sebab kotor ader tumpuk2 darah masa awal pakai. Ini penting ni...kalau x rajin pakai then sorry lar kene sedekah baju kat muzium nanti sebab x muat..ngeh ngeh ngeh...


The true color budak tecik yang dah kekenyangan. Sebelum berurut mama kene setelkan budak ni dulu bagi ubat penenang and biar dia tido lena x kacau sesi urut mama. Sejak dah balik dari hospital baby memang nenek yang mandikan. So nenek yang pilihkan baju aper tuk dipakai. Biasanya baju pink2 ni yang jadi pilihan. Bukannyer xder baju lain. Baju kakak n abang maser newborn pun banyak rupenyer mama baru jumpa. Hehe..

With Love...

2 comments:

KIRA SAIZ PREMIUM BEAUTIFUL ANDA

Related Posts with Thumbnails